|
|
|
Tajaan
Ruang Solat Masjid Al-Hidayah di Taman Bukit Utama |
|
Assalamualikum wbt.
Masjid Al-Hidayah di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa kini sedang
giat didalam pembinaan dan dijangka siap dalam bulan November 2008
Insyallah. Peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor
hanyalah untuk pembinaan masjid asas dan tidak termasuk hiasan dalaman,
alat-alat keperluan masjid dan juga rumah kediaman pegawai-pegawai
mesjid seperti Imam, Bilal dan Siak.
Justeru itu, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Hidayah telah
memutuskan untuk mengutip derma bagi membiayai kerperluan di atas yang
dianggarkan sebanyak RM2.0 juta.
Salah satu cara mengutip derma adalah dengan mendapatkan tajaan bagi
ruang solat masjid tersebut secara wakaf. Harga yang telah ditetapkan
oleh AJK Pembinaan Masjid Al-Hidayah adalah RM100.00 setiap kaki
persegi iaitu satu lot. Keluasan ruang solat masjid adalah 10,000 kaki
persegi.
Resalah dan borang penyertaan kini dalam proses pencetakan dan
dijangka siap penghujung bulan April 2008.
Kepada mereka yang berminat untuk melabur saham Akhirat ini bolehlah
menghubungi mereka dibawah ini. Sijil Wakaf akan dikeluarkan dan di
beri kepada perserta-peserta.
Tuan Hj. Fazlur Rahman K.M.M Ebrahim 03-41062881
Tuan Hj. Zulkifli Ahmad 012-3275969
Tuan Hj. Tarin Ayub 03-41051587
En. Rusdi Ratham 019-3876783
En. Farizul Hazli Baharom 03-41069190
Tuan Hj. Azmi Ismail 012-2241233Nama akaun: TABONG PEMBINAAN MASJID
AL-HIDAYAH BUKIT ANTARABANGSA
No. Akaun: 1403-0003133-718
Bank: Bank Muamalat, Taman Melawati atau mana-mana cawangan Bank
Muamalat.
Kalau boleh tolong beri saya slip bank supaya sijil dapat dikeluarkan.
Terima Kasih.
Sekian dan saya sudahi dengan Assalamualaikum wbt.
Hj. A. Shahid Ali
|
|
|
|