Laman Utama  

EDITOR

Pertemuan Anwar Ibrahim dengan Ayah Altantuya

Petang Isnin lalu, ayah kepada Altantuya, Profesor Shaaribu dari Universiti Mongolia berkunjung ke pejabat saya. Beliau memulakan dengan menyampaikan salam hormat dari Menteri Luar Mongolia, kenalan saya sejak menjawat Presiden Unesco dulu. 

Saya rumuskan penyesalan yang dilafazkannya bersabit pembunuhan dan letupan kejam keatas anaknya.

  1. Mengapakah kes sengaja dilengahkan?

  2. Mengapa siasatan polis tidak rapi dan Dato Najib tidak disoalsiasat walaupun beliau pasti Altantuya adalah kenalan Najib dan pegawai kanan beliau didakwa terlibat?

  3. Mempertikai kesungguhan jabatan peguam negara terutama manakala mereka mengumumkan awal lagi "tidak ada orang lain terlibat."

  4. Mempersoal pemilihan dan perjalanan mahkamah.

  5. Kegagalan menyiasat pengakuan mengenai pembunuhan yang dilakukan komando berkenaan.

Prof. Shaaribu mendakwa mempunyai beberapa fakta dan maklumat lainnya, namun kesal kerana kes tersebut tidak dikendali secara bebas dan adil.

Saya memberi pengakuan akan terus memperjuangkan agar penyiasatan diteruskan dan perjalanan mahkamah bebas dan adil. Kita jua akan menambah ikhtiar untuk meringankan bebenan keluarga Shaaribu.

ANWAR IBRAHIM

anwaribrahimblog.com

 

 

DUN N19 Bukit Antarabangsa
  EMAIL: EDITOR N19BA
Copyright 2008  N19 BUKIT ANTARABANGSA. All rights reserved.