Laman Utama  

EDITOR

Mukhriz perlu teliti rekod ayahnya sebelum kritik Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Harakah) - Tindakan Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir untuk mengaitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan golongan anti-Islam Amerika dan pelobi Yahudi antarabangsa sebenarnya memalukan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Menurut Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim, rakyat berhak berasa malu tatkala Mahathir ketika menjawat PM mengupah pelobi Amerika pro-Zionis, Jack Abramoff dengan bayaran RM4.6 juta demi memastikan pertemuan antaranya dengan Presiden George Bush terlaksana.

"Abramoff telah menyatakan kekesalan beliau merasuah ahli-ahli politik Amerika dan menipu puak peribumi Amerika di dalam casino deal dan Mahathir sendiri telah mengaku bahawa wang yang dibayar untuk menjamin pertemuaan pada Mei 2002 tersebut hanyalah 'sesuatu yang normal'.

"Pendedahan terbaru oleh Suruhanjaya Diraja menggambarkan Mahathir sebagai seorang manusia yang tidak mempunyai pertimbangan nyata untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meluaskan pengaruh," jelas Salehuddin dalam kenyataan media yang dimel-e kepada Harakah.

Menurutnya, Anwar tidak membayar kepada sesiapapun untuk dijemput menemui pemimpin antarabangsa dan para pemimpin dunia Islam, malah pandangan beliau senantiasa dipandang tinggi dan diterima.

"Serangan Mukhriz jelas menggambarkan tindakan terdesak beliau yang mahu mengalihkan pandangan umum daripada laporan Suruhanjaya Diraja yang mengaitkan bapanya terlibat dalam salah guna kuasa dan pemusnahan sistematik integriti kehakiman negara," tegas Salehuddin.- tajdid

 

 

DUN N19 Bukit Antarabangsa
  EMAIL: EDITOR N19BA
Copyright 2008  N19 BUKIT ANTARABANGSA. All rights reserved.